f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: August 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 27 August 2014

Akhirnya ALLAH berbicara denganku

Masa berlalu hari demi hari , waktu berjalan tanpa henti . Namun aku ? sebagai hamba yang hina penuh dosa tanpa noktah tetap menantikan Nur Ilahi agar kembali untuk menyelinap masuk dalam diriku semula . Alhamdulillah ALLAH masih disisiku , aku masih dapat rasakan ALLAH ingin berbicara dengan ku . 
Sebagai pendosa aku mengharapkan keampunan dari ALLAH atas apa dosa yang aku lakukan selama ini . 
Biidznillah, aku tidak mampu tidak kuat tapi kerana ALLAH aku harus kuat.
Malu dengan diriku saat semua orang memandang mulia , seorang wanita yg suci tanpa dosa dan noda.Namun hakikatnya,aku juga manusia yang tidak akan lali dan lepas daripada melakukan sebarang dosa.
Sejak kebelakangan ini , hati aku meronta-ronta memohon petunjuk dari Rabb yang Esa. Mohon agar ALLAH ingin berbicara denganku semula . Demi Allah aku rindu dengan hadiah dari ALLAH iaitu ujian yang bakal menguji sejauh mana tahap keimananku . Namun Alhamdullillah setelah sekian lama aku menanti akhirnya .
Insan mahupun makhluk ALLAH menjadi pengantara untuk hidayah ini ditransferkan 
Akhirnya aku diuji,kehadiran ujian yang ALLAH kirimkan kali ini aku syukuri.Aku tidak pernah berasa seperti ini , Alhamdulillah ujian yang ALLAH berikan kali ini membuktikan ALLAH rindu untuk aku menjadi seperti dulu.Mengharapkan hanya ALLAH yang bertakhta dihati . Terima kasih  Allah sebab,masih memandang aku hambaMu yang hina dan kerdil ini .
Hasan rah mengatakan, "Salah satu tanda bahwa ALLAH mulai berpaling dari seorang hamba adalah tatkala dijadikan dia tersibukkan dalam hal-hal yang tidak penting bagi dirinya."
(Risalah al-Mughniyah)

       Alhamdulilah ALLAH masih ingin berbicara denganku. Masih menyedarkanku saat aku hanyut dek terbuai dengan kealpaan duniawi . Aku khuatiri nikmat yang ALLAH berikan selama ini adalah ISTIDRAJ nauzubillahminzalik.Allah berikan aku nikmat selama ini tak terhitung,tak mampu dinilai dengan apapun kewujudan angka di dunia ini .Terus terang aku ucapkan,perkara yang selama ini aku lakukakan aku tahu adalah salah.Namun aku menantikan ALLAH akan menegurku.Akhirnya penantian itu terjawab juga.Alhamdulillah,Allah tidak berpaling dariku 

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
( Ayat 44 : Surah al-An’aam ) 

Aku taknak ! nikmat yang ALLAH berikan pada aku adalah ISTIDRAJ . Nikmat yang ALLAH bagi dalam keadaan untuk membuatkan aku lebih jauh darinya . Aku tak nak ! 
biarlah aku menjadi seperti yang sekarang , aku taknak aku berjaya dalam keadaan mendapat nikmat yang membuatkan aku dan ALLAH semakin jauh . AKU nak ALLAH sentiasa ada disisiku ,
saat ALLAH meninggalkanku adalah moment yang paling sukar dalam hidupku

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi kekasih Ku, maka Aku istiharkan perang dengan nya. Tiada sesuatu yang lebih Aku sukai dari hamba Ku, melainkan dia mengerjakan amalan yang Aku wajibkan kepada nya, untuk mendekatkan diri kepada Ku. Dan hamba Ku selalu mengerjakan amalan-amalan sunah untuk mendekatkan diri kepada Ku sehingga aku mencintainya. Apabila aku menyintai nya, maka Aku merupakan pendengaran yang dia pergunakan untuk mendengar nya. Aku merupakan penglihatan yang dia pergunakan untuk melihat. Aku merupakan tangan yang dia pergunakan untuk bertindak, Aku adalah kakinya, yang dia pergunakan untuk berjalan. Andainya dia meminta sesuatu kepada Ku, pastilah aku tunaikan, jika dia meminta perlindungan kepada Aku, nescaya Aku beri perlindungan untuknya.

(hadis riwayat Bukhari:: dari kitab Shahih Riyadhus Shalihin Imam Nawawi)

Demi ALLAH aku lemah dan kerana ALLAH jualah aku harus kuat.
Aku janji pada diriku bertarikhkan 28/8/2014 ,
aku akan berubah untuk menjadi baik . AKU akan bermula dari bawah , aku dah jatuh dan wajib bangkit semula , aku penat dengan dunia aku yang dilabel lemah,hina,bodoh ,
aku penat jadi BODOH ! aku kena jadi qowiy mulai sekarang .
aku tak boleh rebah dalam keadaaan ALLAH tak redha dengan diriku 
Masih belum terlambat untuk aku buktikan pada dunia yang aku mampu untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan darinya 

Terima kasih Allah kerana tak kenal erti jemu untuk menasihatiku  
Terima kasih kerana masih ingin berbicara dengan diriku yang penuh dosa dan noda
Terima kasih ALLAH sebab tak pernah tinggalkanku 
Terima kasih ALLAH sedarkan aku tentan hakikat dunia
Terima kasih Allah sebab mentarbiah jiwaku agar lebih kepadaMU
Terima kasih ALLAH kau masih mahu dan ingin BERBICARA denganku 

Monday 25 August 2014

Wahai Akhi


Ya Akhi...
Jangan salah menaruh cinta
Kerana engkau akan menyesal
selamanya
Titipkanlah cintamu pada wanita
solehah
Yang menutup mahkotanya dengan
sempurna dengan pakaian taqwa
Kerana kelak dari rahimnya akan lahir
cahaya matamu
Yang akan menjadi penolong agama
dan dakwah
Maka...
Janganlah engkau salah menaruh
cinta
Titipkanlah pada wanita solehah
Kerana ia adalah bidadari dunia
Anugerah terindah yang Allah berikan
kepadamu...
>>> Rasulullah SAW bersabda;
"Seseorang wanita itu dikahwini
kerana hartanya, kecantikannya,
keturunannya dan agamanya. Tetapi
sebaik-baiknya pilihlah yang
bertanggungjawab terhadap
agamanya. Kerana hal itu tentu akan
menyenangkanmu."
(HR.Bukhari & Muslim)

Saturday 16 August 2014

Mahal Nilai Cinta

Rindu tak harus bertemu,
Sayang tak harus bilang,
Cinta tak harus selalu bersama.
Sebelum halal, jarak dekat adalah ujian keimanan,...
See More
Miss not having to meet, Unfortunately cannot be said, love does not have to always be together.

Before the halal, proximity is a test of faith, while the remote is a test of patience.

True love does not have to be removed, unfortunately not to be discarded.

But be careful because if arises a sense of love, sometimes not in line and logic in order to satisfy any taste is not a sin, as it is in sadarinya.

Therefore suffice knit prayer with affection between us and him.

GOD deciding everything, may unite in the dock are happy.

Really ...
Love After Marriage it is more beautiful & barokah.

Kawin Mudah itu Mudah

1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya
"mu nak nikah tak harini?"
suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.
ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku ,
dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"
ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat"
ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat"
dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga,
dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin,
dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku
mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
inilah kisah bertunang sesaat
ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,
sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,
Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh,
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,
10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia,
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,
sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee
inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,
insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah,
jadi berzina itu jadi mudah!
*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia
via ~ Mira Pak Nasir

Hati ini berbunga kembali

setelah sekian lama meninggalkan dunia blog membuatkan aku kaget dengan perubahan mendadak blog, dah banyak berubah tak macam dulu lagi dah ? Aku tinggalkan bukan sebab suka-suka tapi bersebab , okay aku x update , x jenguk blog , sebab aku lupa password  , second aku busy ngan triall yang membunuhku 
dahlah triall ni dibuat time-time syawal . x feel lah raya kalini :'( *muka-muka sepusen*
entry,kalini berbeza might be , because of hati berbunga kembali woahh :3 title ni buat suspen je kan ? haha 
>.< xdalah .. hati berbunga bukannya temui calon ke apa :) tapi alhamdulillah dapat bersua dengan sahabat baru 
 , alhamdulillah time Kelab Remaja Islam Putatan (KRIS) saya ditakdirkan untuk bersua dengan ikhwan dan akhwat yang ramai . 
So , start dari program tulah ukhuwwah ini terbina 
and untill now kami bersahabat baik , in sya ALLAH semoga ukhuwah yang terbina ni kekal hingga ke Jannah
mengenali , merindui , mereka semua kerana ALLAH 

Apakah prinsip perniagaan berlandaskan agama Islam?

CEO DMILLION WORLD SDN BHD
Alhamdulillah pertama sekali ingin ana berkongsi kepada hadirin , dan hadirat berkenaan dengan KONSEP PERNIAGAAN BERLANDASKAN AGAMA ISLAM 
Sebelum ana menghuraikan lebih lanjut lagi berkenaan dengan Pernigaan mari kita mengenali apakah maksud dari sudut definisi berkenaan dengan perniagaan


Bussiness is An organization or economic system where goods and services are exchanged for one another or for money.
Every business requires some form of investment and enough customers to whom its output can be sold on a consistent basis in order to make a profit.
Businesses can be privately owned, not-for-profit or state-owned. An example of a corporate business is PepsiCo, while a mom-and-pop catering business is a private enterprise.

Pernigaan merupakan salah satu urus niaga di antara dua pihak iaitu diantara pembeli DAN peniaga. 
 Berikut ialah rukun/syarat sah bagi jual-beli.

RUKUN :

1.       Penjual dan Pembeli
2.       Barang
3.       Harga
4.       Ijab dan Qabul

 SYARAT SAH :
i.      Penjual dan Pembeli

·         Mukallaf ( akil dan baligh )

 Kanak-kanak sah akad jual beli jika melibatkan nilai yang sedikit ( mazhab Hambali ) dan telah mumayiz ( mazhab Hanafi )

·         Dengan kemahuan sendiri
·         Merdeka
·         Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau tidak waras
·         Beragama islam jika bertujuan jual beli al-Quran dan al-Hadis

ii.      Barang

·         Bersih dan suci
·         Berfaedah
·         Kepunyaan penjual atau wakilnya
·         Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli bertangguh ( bai'u salam )
·         Penjual dan pembeli mengetahui jenis, kadar, dan sifat barang jualan

iii.      Harga

·         Bersih
·         Harga adalah milik pembeli
·         Harga itu mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual
·         Panjual dan pembeli tahu jenis mata wang yang digunakan

iv.      Ijab dan Qabul

·         Tidak diselangi dengan perkataan lain
·         Bersamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz
·         Tidak boleh dita'likkan
·         Tidak boleh dihadkan masanya

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : " sesungguhnya jual beli itu hanya sah jika suka sama suka." ( Riwayat Ibnu Hibban )
 Ingin ana mengulas lebih lanjut berkenaan konsep pernigaan yang diterapkan di dalam islam
Berniaga merupakan Fadhu kifayah .Berniaga juga merupakan salah satu sunnah.
Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi).Tidak hairanlah sedasawarsa kini kita melihat ramai pengusaha syarikat maju ke hadapan dan ke arah kemodenisasi . Alquran juga ada menyebut berkenaan dengan perniagaan iaitu .
Firman Allah "Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
Didalam video tersebut selaku Pemilik Syarikat Dmillion Worldwide Sdn Bhd (Tuan Azman Baddit) telah mengutarakan sedikit sebanyak prinsip Beliau di dalam menguruskan perniagaan , Beliau sentiasa berpegang kepada janji ALLAH iaitu :
 "Innallaah laa yughoyyiru maa biqoumin, hatta yughoyyiru maa bi anfusihim" yang ertinya Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka (QS 13 : 11).
Sekiranya kita tidak mampu mendidik iman kita agar tunduk kepada nafsu . Bagaimana mungkin kita mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik ? Sekiranya kita ingin menikmati dunia dan mendambakan syurga namun pada saat dan ketika kita tidak mentaati perintah ALLAH bagaimana mungkin Allah ingin sudi membantu  kita ?Semua perkara adalah terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita ingin menjadi insan yang Berjaya mahupun insan yang terjunam gagal dek hanyut terbuai dengan 'kebodohan' diri sendiri.Bak pepatah inggeris ada menyebut 
If you don’t make things happen then things will happen to you. ~ Robert Collier . 
Seterusnya adalah sekiranya kita ingin mejadi insan yang hebat , insan yang mampu mentadbir dalam sesebuah perniagaan kita seharusnya berani untuk mengambil risiko . 
Success is walking from failure to failure with no loss of enthusiasm. ~ Winston Churchill
Tanpa kegagalan bagaimana mungkin Bill Gates mampu untuk menempati posisi pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007), namun sejak 5 Maret 2008 berada di posisi ketiga setelah pebisnis AS Warren Buffett dan pebisnis Meksiko Carlos Slim HelĂș.Tanpa kegagalan bagaimana mungkin Mark Zuckerberg bergelar jutawan di usia muda . Kita sewajarnya bangkit menongkah arus kegagalan ini demi mercu kejayaan yang menanti . Biarkan minda kita , emosi kita dipenuhi dengan santapan rohani yang berbekalkan iman dan takwa .

 Akhir sekali adalah , apapun yang kita lakukan segala-galanya adalah dengan keizinan ALLAH tanpa keizinan ALLAH kita tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa . Kita sewajarnya berusaha dahulu barulah mengharapkan bantuan dariapada ALLAH s.w.t
You have to trust in something – your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life. ~ Steve Jobs

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*