f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: About Me
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me





Asalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh'

Duhai pemilik cinta atas limpah kurnia berbekalkan hati tertaut utuh kepadaMU.Saat langit luas terbuka, saat seluruh alam menyaksikan cinta ini bersemi untukMU berkat keizinanmu terzahirlah sebuah blog yang berteraskan islam , berpaksikan AL-quran dan As-sunnah
Blog ini menjadi medan untuk aku meluah dalam mana meluah untuk mentarbiah diri untuk mengapai maghfirah dan mardhatillahMU
Biarlah kata tanya ? menjadi siulan insan akhirnya bakal ku  rungkai dan ku jawab
ku tak pinta kata tanya itu bermain di kota minda namun ada baiknya sekiranya kita bersama mengamati dan menegetahui kata tanya yang menjadi bisikan seluruh makhluk dalam dunia yang fana ini, biidznillah mari kenali siapakah gerangan insan pemilik BLOG yang sungguh dhaif dan perlu diperbaiki ini

Nama yang bakal terukir dibatu nissan ialah Nurul Atiqah Binti Azman . Kini berusia 16 tahun buat tahun 2014/8 . Seorang insan yang mendambakan cinta daripada Ilahi sentiasa memburu maghfirah daripada Rabb yang Esa. Hati yang telah dimiliki , dan menjadi cinta utama dalam 'hati" adalah cinta kepada ALLAH dan Rasul.Mempunyai anggan-anggan dan cita-cita untuk menjadi pendidik dalam bidang keagamaan. Calon spm for 2014.
Seorang muslimah yang memburu, title solehah yang bukannya kerana inginkan yang soleh namun kerana mengharapkan redha daripada Rabb yang Esa.
Sekiranya ALLAH memberikan nikmat masa yang terluang, gemar memasak . Create new recipe ,
gemar melayari internet dan paling utama membaca BAHAN ILMIAH dan mengenali insan-insan yang Allah cintai khususnya Nabi Muhammad Rasul junjungan kita
Diri ini seorang manusia yang tidak lekang daripada melakukan dosa.Pemilik Buku "pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul".
Menggalas amanah yang agak besar disebabkan ALLAH telah takdirkan untuk menjadi anak sulung daripada 5 orang adik beradik .
Berbangsa suluk , tagalog , bajau . From sabahan
Kini menetap di kota kinabalu sabah .
Ya ALLAH bantulah Nurul Atiqah Azman untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm 2014. Dan mohon wahai Rabb semoga dirinya berjaya hidup dunia dan akhirat
diri ini bergelar seorang muslimah..
dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata
apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya.Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri.Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bestari..diri ini akan dikenang sebagai suri sang jejaka,menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi busana ♥

biidznillah bakal bergelar zaujah dan umi yang solehah


#official instagram : srikandisolehah

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*