f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 10 November 2013

Atas Nikmat ALLAH

Alhamdulillah atas limpah kurnia dari Rabb yang Esa dizahirkan ana untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana perolehi agar kita sama-sama mentarbiah nafsu untuk tunduk kepada iman . yang dirahmati ALLAH kita hidup dimuka bumi ALLAH ini tidak lama , kemungkinan lama tapi tidaklah mencecah sampai ribuan tahun . Dalam tempoh yang singkat kita hidup di dunia ini pernah kah kita bertanya pada diri kita ? Siapakah yang menciptakan kita ? Mengapa Kita diciptakan ? 
Semestinya Allah s.w.t yamg menciptakan Allah Rabb yang Esa tidak akan ada pengganti tidak akan wujud keduanya bahkn ALLAH lah yang Maha berkuasa dalm mentadbir seluruh alam . tetapi wujud lagi persoalan yang tidak terjawab iaitu mengapa kita diciptakan ? ingat lagi tak dengan firman ALLah dalam Al-quran surah Az-zariyat ayat 56 : 
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.
Sedarilah wahai teman kita diciptakan bukanlah untuk menikmati dunia tetapi mengabdikan diri kepada RAbb yang esa . Kadangkala ALLAH berikan nikmat yang tidak terhingga sehingga kita leka dengan nikmat dunia , alpa dengan peranan kita sebagai hamba Allah . Sedarilah dunia ini sifatnya sementara ALLAH boleh tarik nikmat yang Allah berikan sekelip mata sama ada kita sedar mahupun tidak . kadangkala wujud juga segelintir manusia yang ALLAH terus menerus memberikan nikmat agar mereka bertambah alpa iaitu 'istidraj' dengan terlalu menikmati dunialah golongan mereka ini ALLAH akan balas 'cash' di akhirat kelak 

Atas nikmat ALLAH aku masih diizinkan hidup di muka bumiNYa atas nikmat ALLAH aku masih diizinkan untuk meminjam nikmat nafas ini . Seringkali aku alpa namun kerana hadir insan-insan disekelilingku yang selalu menegur akan kekhilafanku menyebabkan aku sedar bahawasanya dunia bersifat sementara akhirat adalah alam yang kekal abadi . Moga ALLAH terus menerus menegurku agar aku tidak pernah hanyut dek terbuai dengan nikmat duniawi

Tuesday 5 November 2013

ketika ALLAH menguji qalbuku

Alhamdulillah atas nikmat dan limpah kurnianNya Allah membuka hijab hatiku untuk 'berpurdah' dulunya aku cumalah insani yang hanya melaksanakan kewajipan . Menutup aurat dengan sempurna iaitu dengan mengenakan tudung yang menutupi paras dada dan memakai STONGAN (stokin+handsock)
bertarikhkan 2013 september terdetik dihatiku untuk memakai purdah sepertimana apa yang umi wa adikku lakukan iaitu dengan menutupi paras rupa yang indah dengan secebis kain 
hari pertama diriku berpurdah kejadian ini berlaku ketika diriku bersama keluarga yang ingin menjamah makanan di Pizza Hut bagi meraikan kehadiran adikku setelah lama meninggalkan kami sekeluarga demi untuk menghafaz Kalamullah dan menuntut ilmu 
sewaktu kami sekeluarga sibuk menyiapkan diri terdetik dihatiku untuk mencuba secebis kain yang tergantung di dalam almari umiku . Ku buka ikatan kemas purdah tersebut lalu ku mengenakan purdah itu ke wajahku . Umiku pula sibuk memerhati dan melihat gelagatku , umi mengusik ku dengan mengatakan kaka nampak cantik berpurdah aku hanya mampu tersenyum bilamana terdengar usikan umi ku itu . Aku diam, seketika akalku giat kali berkerja bisikan qalbuku pula tidak pernah berhenti-henti mengatakan 'dengan purda inilah kau dapat elakkan fitnah akhir zaman' . selepas 15 minit kemudian aku masuk ke bilik umiku dan mengatakan hasratku mahu berpurdah .umi setuju dan meluahkan pendapatnya seraya berkata kaka pakai purdah ni dulu tujuannya untuk membiasakan diri kaka kelak . 
teringat pula aku dengan azamku diusia 13 tahun untuk memakai purdah , bilamana aku selesai dan mendapat keputusan SPM .Bertarikhkan 2013 september 25 Alhamdulillah pada hari tersebut aku mengenakan secebis kain untuk menutupi paras rupaku . Mesti ramai yang tertanya-tanya ?
apa motif diri ini untuk mengenakan secebis kain diwajahnya ? saya memakai purdah sebab nak elak fitnah akhir zaman .Meskipun ramai yang menyuarakan bahawasanya saya x layak berpurdah , saya kena mendalami ilmu dulu , saya ni budak sekolah Menengah bukannya budak Maahad .Rasa agak terkilan dengan luahan hati mereka ni semua . Tapi saya yakin dengan usaha saya menutupi wajah inilah saya mampu untuk menjadi "Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha".
Tambahan pula , saya x nak asbab paras rupa yang ALLAH zahirkan pada diri saya mampu mendorong seorang muslimin ke arah fitnah 
Firman ALLAH yang bermaksud : "Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman itu, supaya mereka menahan penglihatan dan memelihara kemaluan mereka."
(Surah an-Nur : 30 )
 ALLAH Maha besar betapa hebatnya perancangan ALLAH di usia 16 tahun inilah ALLAH menzahirkan diriku untuk menutupi wajahku dengan secebis kain . ALLAH semoga Engkau bekalkan kepada diriku kekuatan untuk menempuhi arus nikmat duniawi yang melekakan ini ingin diri ini berusaha untuk menjadi
Cerdik seperti Aisyah.Cantik umpama Ainul Mardhiah.Pengorbanan setinggi Sumayyah.Ikhlas tulus setulus Rabiatul Adawiyyah
 Sahabat-sahabatku yang dirahmati ALLAH mohon doa agar saya NURUL ATIQAH BINTI AZMAN diberikan kekuatan qalbu untuk terus istiqamah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar


========================Biar wajahmu tidak cantik di mata penghuni bumi,
tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit=================================

Friday 23 August 2013

Warkah Buat Dirimu Sahabatku

jangan jadikan alasan x bkapel untuk x menjaga batasan ikhtilat .. 
hmm ? sakit hati , bilamana diri ini sendiri melihat sahabat yg kita sayangi masih terbuai dengan arus kemaksiatan .. entah ? perasaan ini sudah lama ku pendam .. kali ini makin membuak-buak pula .. dalam diam ada jasad lain yg berkata dalam diri ini (hasutan).. iqa sampai bila nak diam ni ? Allah masih lagi bagi nikmat utk kaw berbicara menukilkan kata2 utk menasihati dirinya , iqa sampai bila kaw mahu melihat diri mereka terjerat dengan dosa2ni ? iqa jangan butakan mata tulikan telinga , iqa lakukan sesuatu .. iqa laksanakan peranan kaw sebagai 'khalifah' di bumi Allah ini .. iqa sanggup kah ? kaw.melihat mereka disiksa di neraka kelak .. ? iqa do something ! kaw x layak bergelar sahabat andai kaw x mampu utk menasihati mereka ...iqa kaw kena berpegang pDa "Amar Makruf Nahi Mungkar" :') ..
entah kenapa ? bilamana diri ini berhadapan dengannya .. diri ini menjadi kaku,lidah menjadi kelu .. dalam diam diri ini menangis di hadapan Allah memohon agar mereka mendapat nur hidayah daripadaNya :')♡ ..
sahabat ku yang dirahmati Allah , menjaga batasan ikhtilat itu penting sebab ianya penentu sama ada kita ini bergelar mahal or murah ? ingat lah janji Allah dalam surah yassin ayat ke 34 yg menjelaskan bahawa "Maha suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui " sedarilah temanku Allah telah menjanjikan pasangan untuk diri kita usah khuatir , manakala dalam surah An-nuur : 36 pula menjelaskan tentang siapa pasangan kita ?..
”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji
adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-
wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang
dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki
yang mulia (surga).” hmm ? kalaw kita bergelar sisa memberikan cinta kepada insan yg x selayaknya sebelum bernikah kita juga akan mendapat psangan yg bergelar sisa ,kalaw kita menjaga cinta dan mencintai seseorg ketika selepas pernikahan kita juga akan memliki pasangan yg sedemikian rupa , duhai sahabatku yakinilah janji Allah itu pasti , usah khuatir .. andai saja Allah taqdirkan dirimu dan dirinya bersatu kelak in sya Allah akan dipermudahkan .. ingat kalaw dah jodoh x kan kemana 
teman diri ini sedar diri ini x layak utk menasihati kerana diri ini juga seringkali alpa .. namun x apa kita sama2 berusaha utk x terbuai dengan arus kemaksiatan pilihan ada di tangan kita kepada sahabatku hawa pula , Jangan Bangga bila anda Hot & Lelaki
Terkejar-2 kan Anda .. Sebab Barang Murah
memang ramai pembelinya :') .. sahabatku kita sebagai insan yg bergelar hawa sewajarnya memahalkan diri agar x mudah dimiliki dan didampingi ...titipkan sifat malu dalam.diri andai hilang sifat yg mulia itu maka secara x langsung hilanglah maruah diri..sedarilah ilmu yg dipelajari x akan berkat dan kekal sekiranya kita mempelajari ilmu tersebut dalam keadaan kita masih terbuai dengan arus kemaksiatan .. :')
muhasabbah diri :') seringkalilah mengingatkan diri dengan kematian dan selalulah bisikkan ke dalam qalbu 'kullu nafsiin za iqatull maut' tujuannya agar kita sedar bahawasanya kita akan menghadapi kematian pada bila-bila masa .. rasanya kita x punya waktu utk menikmati duniawi ini .. tujuan kita hidup di dunia bukannya untuk menikmati dunia ini namun kita gunakan dunia ini untuk kita menikmati nikmat yang kekal di akhirat kelak in sya Allah .. :')
~salam sayang dari srikandiberduri↖(^▽^)↗♡

Saturday 3 August 2013

BabyBoyGummuK

 
dah berhabuk dah blogni :'(.. cian kat blogni dah lama owner dya x update..
okay ? hari ni alhamdulillah Allah izinkan plak saya update setelah sekian lama x update ^^..
okay >.< cute x baby tu ? hmm kat blogni x silap saya .. saya x pernah lagi cer about adik saya yg bongsu ni . ;) kan ? k .. al-kisah ni adik saya yg paling cute >.< (gwiyomi) hmm nama dya Abdul Rahman ar-auf .. k skrg ni otw nak masuk 1 year dah dya .. hmm in sya ALLAH kaka harap semoga Ar bakal bergelar pemimpin yang mampu mentadbir dunia berlandaskan syariat Allah ,,

Wednesday 8 May 2013

Mampukah aku ?

 
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah

Agung cintanya pada Allah & Rasulullah

Hartanya diperjuangkan Fisabilllillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah & senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah

Isteri Rasulullah yg bijak

Pendorong dalam perjuangan, dalam kesusahan & penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir airmataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan perintah Allah

Taat dengan ayahandanya, Rasulullah

Taat dengan suaminya yang senantiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita

Penghulu Syurga..

Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabahkan jiwaku

Setabah ibunda Nabi Ismail

Mengendong bayinya yg masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di bawah terik padang pasir merekah

Ditinggalkan suami, akur tanpa bantah

Pengharapannya teguh, hanya pada Allah

Itulah wanita Siti Hajar

Kini kurela menjadi wanita solehah

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah, harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah...

Laa khauwla walaa quwwata illa billahil'aliyyil 'adzim

Monday 1 April 2013

Mak ayah saya nak kahwin !!

 
Mak, Ayah..Saya Nak Kahwin...

Mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak ayah, saya nak kahwin. j
anganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah. ^^,

Tuesday 19 February 2013

Mencintaimu dalam diam

 
ila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah mencintai dia dalam diam ...
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Memuliakanlah dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
janganlah merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Hanya dengan diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari membinasakan iffahmu ..
Diam mu itu membuktikan kesetiaanmu padanya ..
Kerana orang yang kau cinta itu mungkin adalah juga orang yang dikurniakan ALLAH swt sebagai pilihan hatimu ...

Ingatkah kamu sebuah kisah tentang Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka merasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Oleh kerana dalam diammu tersimpannya suatu kekuatan,.. kekuatan secebis harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu mampu dirasai dalam kehidupan yang nyata ...
Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang ditakdirkan untukmu ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diam mu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kamu dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih syurga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari dugaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan juga hadirmu mungkin saja akan membawa keengsaraan hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan,menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan juga mengharapkan balasan hanya akan mencipta kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu apa yang Tuhan rancangkan... mungkin  ini adalah ujian yang akan menyepi atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang itu pada Yang Memberi dan Memilikinya dan biarkan ia diatur  hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

Renungan Buat Dirimu

Add caption
 
(¯`*•.¸♥`RENUNGAN BUAT ADAM & HAWA`♥¸.•*´¯)

Assalamualaikum warokhmatullohi wabarokaatuh....

~"♥Bismillahirrohmaanirrohiim♥"~


(Sebuah Renungan buat HAWA)

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Tidak pula setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami sinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukan pula Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah … Amiiin

(Sebuah Renungan buat ADAM)

Pernikahan atau perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Dan tidak pula setabah Fatimah …
Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah…
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya …
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
bukanlah pula Sayyidina Ali Ra,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … Aamiin

♥♥ wallahu'alam bisshawab ♥♥

♫•*♥*Uhibbukum filah*♥*♫•

.♥Salam santun penuh cinta kasih karena_NYA♥.
•*¨*♥♥ ♥*¨*♥*¨*♥ ♥♥*¨*

Saturday 9 February 2013

Aktiviti sempena cuti cny :3 (meowww)

morning! rasanya dah lama dah kot :) saya x update blog erm cuti cny kalini bored and mendebarkan . Bored sebab umi, aby xbawa kita orang g vacation kat mana-mana tupun sebab umi, aby busy atur ofis baru kat selangor and sabah then mendebarkan sebab after cuti cny ni kitaorang ~ ada examanation for the first time form 4 dahlah saya amik kelas sceince hukhuk ~ terimalah hakikat :( (sayakan nak jadi doc hehe) k change topic! . Aktiviti saya sempena cuti adalah "bermuka buku"chat with friend and also hafaz kalamullah , bwat revision . Awal2 pagi lagi saya o9 and chat ngan someone (dya xsuruh mention nama dia hehe) then kitaorang discuss about meow-meow , meow-meow dia teramatlah comel nak tgok pic ? 
comelkan >.< ~ ada sekor yang agi comel , kawan saya cakap ni mak dia
mak dia ni time muda-muda comel but dah tua pun still comel juga hehe :3 ~
p/s : kawan saya punya kucing comel-comel but tuan empunya kucing ni lagiillah x comel hehe ~ xdalah semua ciptaan Allah comel :D ~ k everyone nikmatilah cuti korang k .. jaga iman
 kawan saya suruh upload kan gambar mak dia still dara XD ~ hehe comelkan ? timeni kucing dia still chubby , comey kan ? jarang taw ada kucing combine 3 colour lucky tuan dia dapat kucing camni :3 ~

SAYA JATUH CINTA DISEBABKAN SYAITAN

 
SAYA JATUH CINTA DISEBABKAN SYAITAN

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada.

Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.
Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.

Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik.
Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya…saya…
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.
Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.
Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.
Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.
Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu : Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.
Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia.
dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas.
Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin
sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..
entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.
Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif : Assalamu’alaikum.
Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif : ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya…
Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya.
Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif : Alice…(terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Akif hanya tersenyum.. :)
^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*