f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: Soal Jodoh ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 11 September 2012

Soal Jodoh ?

 
Soal Jodoh aku sering terfikir jodoh ? adakah benar ia di tangan manusia yang menentukan ? mahupun Allah memang sudah aturkan ? bukankah nama pasangan kita sudah tercatat di 'Luh Mahfuz' adakah kita terdaya untuk ubah itu semua ? bukankah jodoh ini tergolong dalam takdir mua'llaq iaitu takdir yang tertulis ? aduhai aku mulai bingung berfikir tentang isu jodoh.Tambahan pula sesetengah pihak tidak mengambil berat tentang ini semua.Misalnya peristiwa yang dapat mengambarkan peristiwa soal jodoh ana punya rasa cinta terhadap azam.Namun,azam merupakan pilihannya dan serba kekurangan.Pada waktu itu ana sudah mulai mecintai azam,tapi alangkah malangnya pada waktu yang sama kedua ibu bapanya juga sudah merancang untuk ana agar menikahi Furqan yang punya pekerjaan sebagai seorang peguam.Di dalam situasi ini lebih baik menerima keputusan ibu bapa,kerana ibu bapa punya alasan yang cukup kukuh untuk memberikan kita pasangan hidup yang lebih baik . Namun di zaman yang kritis ini,para remaja lebih mementingkan nafsu percintaan mereka daripada ibu bapa.Sedarlah ibu bapa tidak akan membuatkan keputusan yang dapat merugikan kita.Kembali kepada Ana yang mulai dilanda perasaan risau dan binggung sama ada ingin menerima lamaran Azam mahupun Furqan.Di malam yang sunyi sepi dengan penuh bergelinangan air mata Ana menunaikan solat sunat 2 rakaat iaitu istikharah.Dipendekkan cerita Ana telah membuatkan keputusan untuk menikahi Furqan.Hal ini kerana,Furqan adalah pilihan ibu bapanya dia sanggup mengadaikan cintanya terhadap Azam demi untuk patuh dan taat kepada perintah kedua orang tuanya.Inilah dia wanita solehah,yang layak dijadikan role model kepada para muslimah.Kita sebagai seorang anak hendaklah taat kepada ibu bapa agar mendapat redha Allah.Perjuangkanlah cintamu agar dapat mencapai Jannah yang sudah pasti.Sekiranya Ana ditakdirkan bernikah bersama Azam yang tidak punya pekerjaan yang tetap pastinya hidup dirundung keresahan.Memang benar harta,kekayaan,nikmat adalah kurniaan Allah namun sekirannya tidak BERUSAHA pasti tidak akan dapat mencapainya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11) 

Oleh itu kesimpulannya,Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*