f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: HAK GOLONGAN YANG BERHAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 5 June 2012

HAK GOLONGAN YANG BERHAK





 
Bismillahirrahmanirrahim...

HAK UNTUK GOLONGAN YANG BERHAK.

Nak pakai cantik-cantik, apa salahnya. Pakailah pakaian yang paling cantik di dunia pun, tetapi biarlah kecantikan anda dengan berpakaian sebegitu hanya untuk ditatap oleh suami anda.
Bab aurat. Seperti yang kita tahu, haram hukumnya memperlihatkan aurat kepada golongan yang bukan mahram, khusus untuk lelaki dan perempuan.

Selain bahagian aurat yang khusus untuk suami (seluruh tubuh badan), auratnya (batasan aurat yang terhad kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja) boleh dilihat oleh lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan:

1- Bapa kandung
2- Bapa mertua
3- Bapa susuan
4- Anak kandung
5- Anak tiri (yakni anak suami)
6- Anak susuan
7- Saudara lelaki kandung
8- Saudara lelaki susuan
9- Anak saudara lelaki
10- Bapa saudara

Seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]

Tapi, sekarang ini begitu mudah untuk kita melihat wanita-wanita yang sudah tiada lagi sifat malu, pakai cantik-cantik dan mendedahkan aurat mereka selain kepada golongan-golongan yang dihalalkan untuk melihatnya. Kenapa perlu menggadaikan maruah sendiri, padahal telah disebutkan dengan jelas akan golongan yang selayaknya melihat aurat kita di dalam surah tersebut? Jadi, sahabat-sahabat dari kaum hawa, tutuplah aurat, sekatlah pandangan orang yang bukan mahram dengan menutup aurat kita.

Ingatlah kepada bapa kita yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka untuk melaksanakan setiap ibadah yang wajib. Allah berfirman:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]

Nabi s.a.w adalah seorang suami kepada isterinya dan juga bapa kepada anak-anaknya. Perkara yang sama perlu dilakukan oleh bapa dan suami kepada golongan-golongan perempuan dalam keluarganya. Maka, apa akan jadi kepada mereka jika kita tidak menghalang pandangan ajnabi terhadap aurat kita padahal aurat itu adalah hak Allah dan Allah memberikan hak-hak itu kepada golongan yang selayaknya sahaja? Adakah kita sanggup melihat bapa, suami, atau kalau sudah tidak ada bapa, tanggungjawab jatuh kepada abangnya, atau kepada anak lelakinya yang patut menegur kalau ibunya tidak menutup aurat untuk ditarik bersama masuk ke dalam neraka KERANA ANDA?

Jadi, apa yang mahu dikatakan disini adalah, wahai wanita… wahai kaum hawa… wahai perempuan-perempuan di luar sana. Jagalah kehormatan diri anda sendiri. Tututplah aurat, jagalah pandangan, sayangilah orang yang berhak ke atas kita, bukan dengan membalas budi mereka semasa di dunia dengan menarik sekali mereka masuk ke dalam neraka Allah yang azabnya pedih kerana perbuatan anda sendiri. Nauzubillah….

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*