f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: Ya Allah Redhakanlah Hati Ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 20 June 2012

Ya Allah Redhakanlah Hati Ini

 
hari berlalu tanpa aku menyedari kini genap setahun kami tidak bersua kembali , Entah kenapa ? dan mengapa ? aku berbuat keputusan secara mendadak tanpa diri ku sendiri menyedari.Imbas kembali kisah silam yang sering menyelubungi diriku.Aku bukanlah insan sempurna,aku juga sama seperti ciptaan Allah yg lain masing-masing ada keistimewaan dan kekurangan kerana aku mempunyai kekurangan aku menemukan seorang sahabat di 'muka buku' tanpa ku sedari aku makin rapat dengan dirinya.Kami bersahabat kerana ingin mendapatakan muhabbi Allah.Dirinya memang layak di gelar jahil akan agama,keluarganya hanya memikirkan akan darjat dunia.Mereka yang mereka islam tetapi hanya sekadar islam di "kad pengenalan" bukan di dalam diri mereka.Aku pula insan biasa yang hanya tahu tentang serba serbi agama tidaklah sesempurna seperti hamba Allah yang lain.Allah maha Adil & Kaya dia insan yang jahil akan agama tetapi amat pandai di sekolah.Sering mewakili di dalam pelbagai acara sukan mahupun pelajaran.Aku pula insan biasa yang jarang sekali terpilih untuk mewakili apa-apa sudahlah sakit asma yang menghalang diriku untuk berkecimpung di dalam bidang sukan.Tambahan pula akal yang agak kurang memberangsangkan yang kurang faham tentang keadaan dunia yang sebenarnya.Allah maha Adil.maka dengan itu dipertemukanlah dua insan yang kurang sempurna.Kami berkenalan memalui 'muka buku' semakin diri ini rapat dengan dirinya semakin kenal tentang dunia. Dapat memantapkan akedemik pelajaran di dalam sekolah maklumlah berkawan dengan pelajar harapan.Dirinya pula mulai kenal dengan agama.Setiap kali kami melakukan sebarang kesalahan kami saling tegur menegur.Oleh kerana non muhrim bersahabat kini mulailah syaitan 'Laknatullah" menghasut kami berdua membibitkan sedikit demi sedikit bibit cinta yang akan berakhir dengan dosa.Saya tahu,perkara ini akan terjadi sebelum saya mulai rapat dengan dirinya,kerana saya tidak mahu terpengaruh dengan syaitan laknatullah ini.Aku mulai nekad untuk berubah tidak ingin lagi berhubung yang melampau rapat dengan non mahram di 'muka buku',meskipun ianya bukanlah perkara yang mudah namun aku mulai berusaha untuk menjadi insan yang mahal harganya.Ketika terserempak di sekolah diriku seolah-olah tidak menyedari kedatangannya.Aku mulai berselindung & mengelak daripada bersahabat dengan dirinya lagi.Aku tidak ingin perasaan cintaku ini ku berikan dengan insan yang belum pasti sama ada dia menjadi milikku mahupun tidak .Meskipun aku merasa kehilangan tiada tempat untuk mengadu seperti dulu.Namun aku redha,kerana persahabat kami hanyalah kerana Allah dan tidak ke arah zina.

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*