Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.
Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.
Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.
Beberapa tahun berlalu…
Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:
- Mana ibumu?
- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?
- Tidak!
- Di mana pula abangmu?
- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.
- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?
- Tidak!
- لا حول ولا قوة إلا بالله
- Kakakmu di mana?
- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?
- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…
Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!
Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?
Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?
Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.
Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!
Showing posts with label muslimah mujahidah solehah. Show all posts

Friday, 23 December 2011
Thursday, 22 December 2011
Perubahan Sebelum Memasuki Alam baru Tahun 2012
Adakah aq mampu untuk memasuki alam baru??..
ya Allah hati ku rasa gementar bila memikirkan apakah masa depan ku .. untuk masa dan tahun akan datang..
adakah aku mampu untuk membangkitkan islam di dalam situasi ku yang sebegini..di dalam dunia yang terancam dengan dosa dan kemaksiatan manusia..adakah aku mampu untuk mencetuskan sesuatu yang baru??..untuk menjadi khalifah di muka bumi ini mampukah aku??
insyallah tahun depan aku naik ke tingkatan 3 ..tahun depan pelbagai dugaan dan rintangan yang pasti aku akan hadaapi..
tahun depan mungkin diriku ini berubah untuk berfikiran matang seperti remaja-remaja yg lain..
mulai mengambil keputusan sendiri..tidak memikirkan tentang pendapat ibubapa..kerana kononya aku sudah matang dan mampu untuk melakukan apa saja.. tapi Hakikatnya..!!
aku..sudah mulai menjadi anak derhaka yang tidak taat kepada perintah ibu dan ayah ..tidak lagi mentaati agama <<islam>>..Ya Allah mampukah aku melawan arus keremajaan yang bakal aku hadapi ini..
dengan gejala sosialnya,berpasangan yang haram disisi islam..mampukah aku untuk mengubah para sahabat ku yang terlalai terbawa arus dengan gaya kehidupan barat ini..??..ya Allah aku sentiasa berdoa agar aku mendapat sahabat yang sejiwa dengan diriku yang ingin memartabatkan islam ke arah yang lebih baik ..dan dapat melaksanakan tugas sebagai seorang Khalifah di muka bumi ini ..insyallah aku pasti !! tahun depan merupakan tahun cabaran kerana aku akan berperang untuk menjawab PMR..tapi aku yakin yang aku akan buat yang terbaik..kerana itu merupakan tangungjawab ku sebagai seorang pelajar..
Insyallah aku tahu dan aku pasti !! yang aku akan berubah untuk menjadi Yang terbaik kerana Allah telah berjanji kepada ku
Firman Allah s.w.t. dalam surah ar-Ra’d ayat 11:
Maksudnya: “Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”
Allah tidak akan mengubah nasibku melainkan aku mengubhnya insya-allah ^^ next year andai aku masih berada di muka bumi ini aku akan melakukan yang terbaik agar aku tidak menghampakan penciptaku[Allah]dan ibu bapa ku ..insyallah
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
meskipun syaitan laknatullah sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menjerumuskan anak adam ke arah kejahatan tapi aku tidak akan gentar untuk menentang arus syaitan laknatullah ini <<insyallah>>
..andai ada kesilapan mafkanlah diri yang ingin lebih mendalami islam ini..
wallahuallam ..semoga apa yang saya post ni akan beri manfaat..sekian~ ^^
**daripada insan Yang serba kekuranagn **

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)