f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: Perubahan Sebelum Memasuki Alam baru Tahun 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 22 December 2011

Perubahan Sebelum Memasuki Alam baru Tahun 2012

Adakah aq mampu untuk memasuki alam baru??..
ya Allah hati ku rasa gementar bila memikirkan apakah masa depan ku .. untuk masa dan tahun akan datang..
adakah aku mampu untuk membangkitkan islam di dalam situasi ku yang sebegini..di dalam dunia yang terancam dengan dosa dan kemaksiatan manusia..adakah aku mampu untuk mencetuskan sesuatu yang baru??..untuk menjadi khalifah di muka bumi ini mampukah aku??
insyallah tahun depan aku naik ke tingkatan 3 ..tahun depan pelbagai dugaan dan rintangan yang pasti aku akan hadaapi..
tahun depan mungkin diriku ini berubah untuk berfikiran matang seperti remaja-remaja yg lain..
mulai  mengambil keputusan sendiri..tidak memikirkan tentang pendapat ibubapa..kerana kononya aku sudah matang dan mampu untuk melakukan apa saja.. tapi Hakikatnya..!!

aku..sudah mulai menjadi anak derhaka yang tidak taat kepada perintah ibu dan ayah ..tidak lagi mentaati agama <<islam>>..Ya Allah mampukah aku melawan arus keremajaan yang bakal aku hadapi ini..
dengan gejala sosialnya,berpasangan yang haram disisi islam..mampukah aku untuk mengubah para sahabat ku yang terlalai terbawa arus dengan gaya kehidupan barat ini..??..ya Allah aku sentiasa berdoa agar aku mendapat sahabat yang sejiwa dengan diriku yang ingin memartabatkan islam ke arah yang lebih baik ..dan dapat  melaksanakan tugas sebagai seorang Khalifah di muka bumi ini ..insyallah aku pasti !! tahun depan merupakan tahun cabaran kerana aku akan berperang untuk menjawab PMR..tapi aku yakin yang aku akan buat yang terbaik..kerana itu merupakan tangungjawab ku sebagai seorang pelajar..
Insyallah aku tahu dan aku pasti !! yang aku akan berubah untuk menjadi Yang terbaik kerana Allah telah berjanji kepada ku

Firman Allah s.w.t. dalam surah ar-Ra’d ayat 11:
Maksudnya: “Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”

Allah tidak akan mengubah nasibku melainkan aku mengubhnya insya-allah ^^ next year andai aku masih berada di muka bumi ini aku akan melakukan yang terbaik agar aku tidak menghampakan penciptaku[Allah]dan ibu bapa ku ..insyallah


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37


meskipun syaitan laknatullah sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menjerumuskan anak adam ke arah kejahatan tapi aku tidak akan gentar untuk menentang arus syaitan laknatullah ini <<insyallah>>
..andai ada kesilapan mafkanlah diri yang ingin lebih mendalami islam ini..
wallahuallam ..semoga apa yang saya post ni akan beri manfaat..sekian~ ^^
                  **daripada insan Yang serba kekuranagn **

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*