f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: Aduhai Wanita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 26 December 2011

Aduhai Wanita

 
Wanita dirimu ini umpama berlian yang sepatutnya mahal dan sukar untuk didapati ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan di dalam peti besi yang berkunci.Sunguh sukar untuk kaum adam menyentuh dan mengambilnya.
Menyentuh soal pemakaian tudung wanita zaman sekarang sebagai renungan.Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Alangkah indahnya bila mana seorang wanita itu menutupi auratnya dengan mengikuti syariat islam yang sebenar-benarnya.Wanita itu bukan murah harganya yang mudah dijual beli dan dimiliki.Harga diri wanita terlalu mahal.Ini kerana syariat telah menetapkan bahawasanya aurat wanita itu dari kepala hingga kaki dan digallakkan juga supaya memakai pakaian yang longgar yang tidak menunjukkan bentuk badan seseorang.
Alhamdulillah zaman sekarang telah ramai wanita yang menutupi auratnya tapi malangnya adakah mereka telah menutupi aurat mereka seperti yang ditetapkan oleh syariat Islam ..Tidak!!..mereka sekadar menutupi kepala dan memakai baju yang menutup aurat kononya ..tapi hakitaknya mereka memaki seluar fit baju fit dan yang trend untuk anak muda zaman sekarang ni  legging..tak kirala yang kurus kah ,yang gemuk kah.semuanya mahu ikut nafsu mereka ..memakai pakaian yang tidak di syariatkan oleh islam (nauzubillahminzallik)..pelbagai warna dan saiz yang direka untuk pemakaian wanita yang bertudung zaman sekarang ini..walaupun indah dipandangan syaitan tapi disisi Allah ta'alla??..adakah Allah menyukai hambanya Yang berpakaian Yang tidak berdasarkan syariat islam??..tidak guna itu semua!!jika dipandangan Allah Laknat jawabnya,,Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab..
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias,maka timbul perasaan riak dia mulai merasakan dirinyalah paling cantik Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. 
Oleh itu.kita kenalah berfikir apalah gunanya kita bertudung ini bukankah untuk merasa kehambaan,cuba untuk berusaha mentawadukkan diri Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi melakukan maksiat dan tidak beribadat kepada Allah ta'aala, Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
 Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Wahai Umat Islam sekalian,bukankah islam itu indah , bukankah islam agama yang benar yang tidak menjerumuskan ke arah kelalaian??..oleh itu serlahkanlah islam itu agama yang benar,,try untuk berubah kekalkan syariat islam dan tunjukkan kepada yang bukan islam, bhawasanya islam lah agama yang Terbaik ..insyallah,,

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*