f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: Muslimah Dan Tudung Labuh ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 21 December 2011

Muslimah Dan Tudung Labuh ^^

Seorang lelaki muslim yang bagus imannya akan terpaut hatinya kepada wanita muslim yang bagus imannya juga.  Begitu juga sebaliknya.  Ini adalah fitrah manusia.  Saling tertarik apabila mereka mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hampir sama.
Manusia tidak dapat menilai kebaikan seseorang manusia lain melainkan setelah mengenali di antara satu sama lain.  Jadi, perkara pertama yang menjadi ukuran seseorang pastinya melalui penampilannya.  Melalui penampilannya, seseorang dapat diukur secara zahir bagaimana peribadinya.  Samada seseorang itu baik, rajin, pandai, kelakar, garang, malas dan sebagainya masih belum pasti.  First impression comes first.

Awal-awal Bertudung Labuh

aurat1
Sila klik gambar!
Wanita yang bertudung labuh atau dipanggil juga bertudung bulat memberi impressi (tanggapan pertama) bahawa dia wanita yang bagus agamanya.  Ia cuma impressi sahaja.  Belum tentu dia solehah atau tidak.  Dan kebiasaannya wanita yang memakai tudung labuh ini berlatar belakangkan sekolah agama.  Kerana mereka diwajibkan untuk memakai tudung labuh.

 Ada sebahagian pelajar-pelajar agama ini, di sekolah mereka bertudung labuh.  Tetapi apabila berada di luar sekolah mereka tidak lagi mengenakan pada diri mereka tudung labuh.  Ada yang memakai tudung biasa sahaja.  Tudung tiga segi, malahan skaf pun ada.  Ada juga yang tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi bilangan mereka sedikit sahaja.
Sekolah agama memberikan tarbiyyah.  Ia membentuk anak-anak didiknya agar berada di landasan yang betul.  Bagi pelajar muslimah di sekolah-sekolah agama, mereka diajar untuk menerapkan pakaian muslimah yang sejati pada diri mereka.  Ini bertujuan untuk merealisasikan tuntutan ISLAM dalam berpakaian khas untuk wanita beriman.
ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman dalam al-Quran berkaitan etika berpakaian wanita beriman yang maksudnya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…”  (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31)
Pelajar-pelajar sekolah agama ini dikehendaki memakai uniform sekolah dan bertudung labuh, baju kurung yang longgar (tidak ketat), jenis kain yang tidak nipis dan berstoking panjang.  Bukan itu sahaja, malahan hal batasan ikhtilat (percampuran lelaki & perempuan) turut diajar kepada mereka.  Lelaki dan perempuan dipisahkan tatkala makan di kantin, tangga khas lelaki-perempuan, aktiviti kurikulum & ko-kurikulum kebanyakannya dipisahkan antara lelaki-perempuan dan sebaginya.  Ini semua untuk dijadikan bekalan ilmu buat mereka serta mengamalkannya.
Bukan semua yang gembira dengan peraturan ini.  Mereka terpaksa.  Tetapi, memang begitulah proses pentarbiyyahan perlu dilakukan.  Tanpa peraturan, mereka tidak akan patuh dengan kod pakaian yang ‘menyusahkan’ itu.  Mereka pastinya mahu bebas dan bersantai-santai dalam berpakaian.  Peraturan untuk berpakaian Islami ini adalah untuk kebaikan mereka sebenarnya.  Kebaikan yang diukur dari kaca mata agama.
 tudung
Sejuk mata tatkala terpandang...
Tahun demi tahun dalam keterpaksaan, lama-kelamaan mereka berasa selesa dengan bertudung labuh.  Malahan ada yang jatuh cinta dengan cara berpakaian tudung labuh pula.  Mereka membawa cara berpakaian yang penuh kesederhanaan ini ke luar sekolah.  Hatta, sehingga habis sekolah.  Sampai ke universiti, sampai ke alam pekerjaan. 
Tetapi bilangan mereka yang tetap dengan tudung labuh tidak ramai disebabkan oleh beberapa faktor.  Antara faktor-faktornya ialah kesesuaian pekerjaan (nature of work), trend, fesyen, akibat keluarga dan sebagainya.  Yang paling penting ialah mereka MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA.  Samada bertudung labuh atau tidak, bukanlah menjadi ukuran utama.  Kerana syariat hanya menyuruh mereka menutup aurat.  Asal sahaja sudah menepati syariat, nah silakan! ^^

1 comment :

Muslimah Mujahidah Solehah said...

Salam Sayang!!!
Tahnia Anakku, I am Proud of you!! Aku sentiasa berdoa dari dulu lagi dizaman bujang Agar Allah mengurniakan aku anak yang solehah yg berjiwa pejuang seperti syaidatina Fatimah...Tak keterlaluan kalau ku mengatakan bahwasanya 'doaku itu' seakan hampir Allah makbulkan..teruskan perjuangan semoga Cinta Allah dan Rasul menjadi milikmu selamanya...Kopratsufi yg 'nakal'....Abymu...

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*