f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: Atas Nikmat ALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 10 November 2013

Atas Nikmat ALLAH

Alhamdulillah atas limpah kurnia dari Rabb yang Esa dizahirkan ana untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana perolehi agar kita sama-sama mentarbiah nafsu untuk tunduk kepada iman . yang dirahmati ALLAH kita hidup dimuka bumi ALLAH ini tidak lama , kemungkinan lama tapi tidaklah mencecah sampai ribuan tahun . Dalam tempoh yang singkat kita hidup di dunia ini pernah kah kita bertanya pada diri kita ? Siapakah yang menciptakan kita ? Mengapa Kita diciptakan ? 
Semestinya Allah s.w.t yamg menciptakan Allah Rabb yang Esa tidak akan ada pengganti tidak akan wujud keduanya bahkn ALLAH lah yang Maha berkuasa dalm mentadbir seluruh alam . tetapi wujud lagi persoalan yang tidak terjawab iaitu mengapa kita diciptakan ? ingat lagi tak dengan firman ALLah dalam Al-quran surah Az-zariyat ayat 56 : 
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.
Sedarilah wahai teman kita diciptakan bukanlah untuk menikmati dunia tetapi mengabdikan diri kepada RAbb yang esa . Kadangkala ALLAH berikan nikmat yang tidak terhingga sehingga kita leka dengan nikmat dunia , alpa dengan peranan kita sebagai hamba Allah . Sedarilah dunia ini sifatnya sementara ALLAH boleh tarik nikmat yang Allah berikan sekelip mata sama ada kita sedar mahupun tidak . kadangkala wujud juga segelintir manusia yang ALLAH terus menerus memberikan nikmat agar mereka bertambah alpa iaitu 'istidraj' dengan terlalu menikmati dunialah golongan mereka ini ALLAH akan balas 'cash' di akhirat kelak 

Atas nikmat ALLAH aku masih diizinkan hidup di muka bumiNYa atas nikmat ALLAH aku masih diizinkan untuk meminjam nikmat nafas ini . Seringkali aku alpa namun kerana hadir insan-insan disekelilingku yang selalu menegur akan kekhilafanku menyebabkan aku sedar bahawasanya dunia bersifat sementara akhirat adalah alam yang kekal abadi . Moga ALLAH terus menerus menegurku agar aku tidak pernah hanyut dek terbuai dengan nikmat duniawi

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*