f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: ketika ALLAH menguji qalbuku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 5 November 2013

ketika ALLAH menguji qalbuku

Alhamdulillah atas nikmat dan limpah kurnianNya Allah membuka hijab hatiku untuk 'berpurdah' dulunya aku cumalah insani yang hanya melaksanakan kewajipan . Menutup aurat dengan sempurna iaitu dengan mengenakan tudung yang menutupi paras dada dan memakai STONGAN (stokin+handsock)
bertarikhkan 2013 september terdetik dihatiku untuk memakai purdah sepertimana apa yang umi wa adikku lakukan iaitu dengan menutupi paras rupa yang indah dengan secebis kain 
hari pertama diriku berpurdah kejadian ini berlaku ketika diriku bersama keluarga yang ingin menjamah makanan di Pizza Hut bagi meraikan kehadiran adikku setelah lama meninggalkan kami sekeluarga demi untuk menghafaz Kalamullah dan menuntut ilmu 
sewaktu kami sekeluarga sibuk menyiapkan diri terdetik dihatiku untuk mencuba secebis kain yang tergantung di dalam almari umiku . Ku buka ikatan kemas purdah tersebut lalu ku mengenakan purdah itu ke wajahku . Umiku pula sibuk memerhati dan melihat gelagatku , umi mengusik ku dengan mengatakan kaka nampak cantik berpurdah aku hanya mampu tersenyum bilamana terdengar usikan umi ku itu . Aku diam, seketika akalku giat kali berkerja bisikan qalbuku pula tidak pernah berhenti-henti mengatakan 'dengan purda inilah kau dapat elakkan fitnah akhir zaman' . selepas 15 minit kemudian aku masuk ke bilik umiku dan mengatakan hasratku mahu berpurdah .umi setuju dan meluahkan pendapatnya seraya berkata kaka pakai purdah ni dulu tujuannya untuk membiasakan diri kaka kelak . 
teringat pula aku dengan azamku diusia 13 tahun untuk memakai purdah , bilamana aku selesai dan mendapat keputusan SPM .Bertarikhkan 2013 september 25 Alhamdulillah pada hari tersebut aku mengenakan secebis kain untuk menutupi paras rupaku . Mesti ramai yang tertanya-tanya ?
apa motif diri ini untuk mengenakan secebis kain diwajahnya ? saya memakai purdah sebab nak elak fitnah akhir zaman .Meskipun ramai yang menyuarakan bahawasanya saya x layak berpurdah , saya kena mendalami ilmu dulu , saya ni budak sekolah Menengah bukannya budak Maahad .Rasa agak terkilan dengan luahan hati mereka ni semua . Tapi saya yakin dengan usaha saya menutupi wajah inilah saya mampu untuk menjadi "Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha".
Tambahan pula , saya x nak asbab paras rupa yang ALLAH zahirkan pada diri saya mampu mendorong seorang muslimin ke arah fitnah 
Firman ALLAH yang bermaksud : "Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman itu, supaya mereka menahan penglihatan dan memelihara kemaluan mereka."
(Surah an-Nur : 30 )
 ALLAH Maha besar betapa hebatnya perancangan ALLAH di usia 16 tahun inilah ALLAH menzahirkan diriku untuk menutupi wajahku dengan secebis kain . ALLAH semoga Engkau bekalkan kepada diriku kekuatan untuk menempuhi arus nikmat duniawi yang melekakan ini ingin diri ini berusaha untuk menjadi
Cerdik seperti Aisyah.Cantik umpama Ainul Mardhiah.Pengorbanan setinggi Sumayyah.Ikhlas tulus setulus Rabiatul Adawiyyah
 Sahabat-sahabatku yang dirahmati ALLAH mohon doa agar saya NURUL ATIQAH BINTI AZMAN diberikan kekuatan qalbu untuk terus istiqamah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar


========================Biar wajahmu tidak cantik di mata penghuni bumi,
tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit=================================

1 comment :

Hamba Miskin said...

Alhamdulillah..

teruskan niat ini semoga berkekalan dengan izin Robb. Aamin.

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*