f++f+ Muslimah Mujahidah Solehah: Apakah prinsip perniagaan berlandaskan agama Islam?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 16 August 2014

Apakah prinsip perniagaan berlandaskan agama Islam?

CEO DMILLION WORLD SDN BHD
Alhamdulillah pertama sekali ingin ana berkongsi kepada hadirin , dan hadirat berkenaan dengan KONSEP PERNIAGAAN BERLANDASKAN AGAMA ISLAM 
Sebelum ana menghuraikan lebih lanjut lagi berkenaan dengan Pernigaan mari kita mengenali apakah maksud dari sudut definisi berkenaan dengan perniagaan


Bussiness is An organization or economic system where goods and services are exchanged for one another or for money.
Every business requires some form of investment and enough customers to whom its output can be sold on a consistent basis in order to make a profit.
Businesses can be privately owned, not-for-profit or state-owned. An example of a corporate business is PepsiCo, while a mom-and-pop catering business is a private enterprise.

Pernigaan merupakan salah satu urus niaga di antara dua pihak iaitu diantara pembeli DAN peniaga. 
 Berikut ialah rukun/syarat sah bagi jual-beli.

RUKUN :

1.       Penjual dan Pembeli
2.       Barang
3.       Harga
4.       Ijab dan Qabul

 SYARAT SAH :
i.      Penjual dan Pembeli

·         Mukallaf ( akil dan baligh )

 Kanak-kanak sah akad jual beli jika melibatkan nilai yang sedikit ( mazhab Hambali ) dan telah mumayiz ( mazhab Hanafi )

·         Dengan kemahuan sendiri
·         Merdeka
·         Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau tidak waras
·         Beragama islam jika bertujuan jual beli al-Quran dan al-Hadis

ii.      Barang

·         Bersih dan suci
·         Berfaedah
·         Kepunyaan penjual atau wakilnya
·         Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli bertangguh ( bai'u salam )
·         Penjual dan pembeli mengetahui jenis, kadar, dan sifat barang jualan

iii.      Harga

·         Bersih
·         Harga adalah milik pembeli
·         Harga itu mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual
·         Panjual dan pembeli tahu jenis mata wang yang digunakan

iv.      Ijab dan Qabul

·         Tidak diselangi dengan perkataan lain
·         Bersamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz
·         Tidak boleh dita'likkan
·         Tidak boleh dihadkan masanya

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : " sesungguhnya jual beli itu hanya sah jika suka sama suka." ( Riwayat Ibnu Hibban )
 Ingin ana mengulas lebih lanjut berkenaan konsep pernigaan yang diterapkan di dalam islam
Berniaga merupakan Fadhu kifayah .Berniaga juga merupakan salah satu sunnah.
Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi).Tidak hairanlah sedasawarsa kini kita melihat ramai pengusaha syarikat maju ke hadapan dan ke arah kemodenisasi . Alquran juga ada menyebut berkenaan dengan perniagaan iaitu .
Firman Allah "Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
Didalam video tersebut selaku Pemilik Syarikat Dmillion Worldwide Sdn Bhd (Tuan Azman Baddit) telah mengutarakan sedikit sebanyak prinsip Beliau di dalam menguruskan perniagaan , Beliau sentiasa berpegang kepada janji ALLAH iaitu :
 "Innallaah laa yughoyyiru maa biqoumin, hatta yughoyyiru maa bi anfusihim" yang ertinya Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka (QS 13 : 11).
Sekiranya kita tidak mampu mendidik iman kita agar tunduk kepada nafsu . Bagaimana mungkin kita mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik ? Sekiranya kita ingin menikmati dunia dan mendambakan syurga namun pada saat dan ketika kita tidak mentaati perintah ALLAH bagaimana mungkin Allah ingin sudi membantu  kita ?Semua perkara adalah terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita ingin menjadi insan yang Berjaya mahupun insan yang terjunam gagal dek hanyut terbuai dengan 'kebodohan' diri sendiri.Bak pepatah inggeris ada menyebut 
If you don’t make things happen then things will happen to you. ~ Robert Collier . 
Seterusnya adalah sekiranya kita ingin mejadi insan yang hebat , insan yang mampu mentadbir dalam sesebuah perniagaan kita seharusnya berani untuk mengambil risiko . 
Success is walking from failure to failure with no loss of enthusiasm. ~ Winston Churchill
Tanpa kegagalan bagaimana mungkin Bill Gates mampu untuk menempati posisi pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007), namun sejak 5 Maret 2008 berada di posisi ketiga setelah pebisnis AS Warren Buffett dan pebisnis Meksiko Carlos Slim HelĂș.Tanpa kegagalan bagaimana mungkin Mark Zuckerberg bergelar jutawan di usia muda . Kita sewajarnya bangkit menongkah arus kegagalan ini demi mercu kejayaan yang menanti . Biarkan minda kita , emosi kita dipenuhi dengan santapan rohani yang berbekalkan iman dan takwa .

 Akhir sekali adalah , apapun yang kita lakukan segala-galanya adalah dengan keizinan ALLAH tanpa keizinan ALLAH kita tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa . Kita sewajarnya berusaha dahulu barulah mengharapkan bantuan dariapada ALLAH s.w.t
You have to trust in something – your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life. ~ Steve Jobs

No comments :

^^ Berikut semua Hasil kreativiti *Muslimah MUjahidah Solehah*